Want your own Fotopage?

|
|
my fotojournal
By: nazura rahime
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Friday, 6-Apr-2007 02:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
updates at : http://ilhamfishie.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 26-Mar-2007 00:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My new Blog
|
|
Dear friends,
Check out my new blog at
http://ilhamfishie.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Nov-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
| Quote: | | "The world is a book and those who do not travel read only one page." -- St. Augustine |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 16-Nov-2006 03:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RATU SEHARI IS OUT
|
|
| Quote: | Segmen: jauhari
Singkap kembali sejuta memori
Kenangan manis kekal abadi
Saat-saat manis bergelar Raja Sehari pastinya tergambar jelas di dalam ingatan pasangan pengantin. Tidak dinafikan bahawa kenangan-kenangan indah tersebut menjadi lebih bermakna jika ia mampu dikongsikan bersama-sama ahli keluarga, teman-teman dan generasi yang akan datang. Biarpun dimamah usia, namun memori yang menjadi nostalgia kehidupan tidakkan pudar begitu sahaja dengan penggunaan teknologi videografi yang mampu merakamkan dan menyimpan rakaman hari bahagia anda. Oleh itu, Ratu Sehari cuba mendekatkan anda dengan dunia videografi bersama Manggis Production untuk edisi pengenalan ini.
Manggis Production ditubuhkan pada tahun 2001 oleh dua anak muda berbakat yang dikenali dengan nama Nazura Rahime dan Fauzee Nasir, berbekalkan senjata azimat – sebuah kamera dan sebuah mesin mengedit. Pada waktu itu, mereka melalui saat-saat yang mencabar bagi memajukan syarikat ini kerana masyarakat masih tidak menyedari kepentingan videografi perkahwinan. Beberapa tahun yang berlalu memberi ruang kepada mereka untuk memperkenalkan dan mendidik masyarakat mengenai bidang ini. Berkat usaha dan kesungguhan mereka, syarikat Manggis Production yang mengkhususkan kepada videografi perkahwinan yang diusahakan semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat. Daripada hanya bergiat di dalam majlis perkahwinan saudara-mara dan rakan-rakan, penggambaran dan rakaman kini dilakukan sehingga 15 majlis dalam satu bulan.
Minat yang mendalam terhadap seni fotografi, filem dan lukisan menjadi pendorong utama kepada kerjasama kedua-dua individu ini. Nazura menggemari kerja-kerja artistik manakala Fauzee lebih menjurus kepada teknikal. Ditambah pula dengan kelulusan yang dimiliki, iaitu diploma di dalam bidang arkitek dari Universiti Teknologi Malaysia dan ijazah bidang Media Digital (Coventry, UK) – Fauzee, dan ijazah Media Digital dari Universiti Multimedia - Nazura, menguatkan lagi ilmu di dada bagi menceburkan diri di dalam industri perkahwinan tanah air. Selain minat dan kekuatan akademik, mereka sentiasa mahukan kelainan di dalam hasil kerja yang dilakukan. Pelbagai perubahan boleh dibuat melalui kreativiti dan teknologi bagi meningkatkan mutu perkhidmatan videografi perkahwinan. Bertunjangkan minat dan visi yang sama, mereka meneruskan profesion ini walaupun pada ketika itu, ramai yang memandang rendah kepada kebolehan yang mereka miliki.
Bermula dari RM 1500 ke atas, corak perkhidmatan yang ditawarkan juga unik dan berbeza. Terdapat tiga fasa perkhidmatan iaitu Pra-produksi (pertemuan dengan pelanggan dan perbincangan mengenai butir-butir majlis), Produksi (penyediaan peralatan yang dibuat lebih awal dari waktu bermulanya majlis bagi mendapatkan sudut-sudut yang terbaik) dan Pos-Produksi (proses mengedit dilakukan sehingga video yang dirakamkan memiliki sebuah jalan cerita yang tersendiri). Ditanya jika terdapat sebarang permasalahan yang wujud di dalam majlis yang dirakamkan, mereka dengan ikhlas menyatakan bahawa tidak kira betapa besar atau kecilnya sesebuah majlis, pasti terdapat masalah yang timbul. Namun demikian, semuanya terpulang kepada videografer yang terlibat untuk menangani dan menyelesaikan masalah tersebut dengan kredibiliti dan sikap profesionalisme yang dimiliki dalam menjalankan tugas.
Adat dunia perniagaan, pasti terdapat pihak lain yang bersaing di dalam bidang yang sama. Mereka berpendapat bahawa persaingan merupakan perkara yang baik di dalam menjalankan perniagaan. Persaingan yang sihat menjadikan diri berusaha dengan lebih gigih untuk memperbaiki mutu dan hasil kerja.
“Kami sering cuba berfikir secara berlainan untuk mendapatkan mutu kerja yang lebih baik di masa hadapan. Kami tidak pernah puas dengan apa yang telah kami lakukan. Kami akan terus berusaha untuk melangkah ke arah yang lebih baik lagi”.
Khas buat para pembaca yang berminat, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sebelum perkahwinan. Selain itu, pesanan ikhlas Nazura dan Fauzee dari Manggis Production di dalam membuat pemilihan videografer perkahwinan anda ialah melalui pemerhatian ke atas portfolio mereka bagi mengetahui hasil yang bakal diperolehi, dan, pastikan anda menilai gaya penggambaran yang dilakukan supaya anda bakal berpuas hati dengan apa yang akan diterima nanti.
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 5-Nov-2006 07:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Open house + Ilham's 1st Birthday Party
|
|
Alhamdullilah , majlis rumah terbuka dan birthday party efan dah selamat diadakan pada ahad lepas dengan meriahnya. Jemputan pada asalnya ialah 300 org dan setelah dihitung kira dianggarkan seramai 400+ orang hadir.Jadi mintak maaf bebanyak ye pada jemputan yang tak dpt tempat duduk tu.Alhamdullilah food semua cukup, kerabu habis dlm masa setengah jam dihidang.sate umpama naik ke langit sekelip mata...nasi beriyani dan lauk pauk kari habis licin..Untuk keseronokan dan syok sendiri kami telah memberikan tema untuk party ni.Colourful jungle, so mcm2 lah idea deco yang muncul...badut dijemput hadir untuk memeriahkan lagi party.ilham?dia blurrr je all the wayyyy...pening tgk org ramai dan hasilnya dia terus demam lepas tu..sian dia...mummy and abah dia yg sakannn...
terima kasih banyak2 pada semua yang membantu dari semua segi, tak lupa juga pada yang dapat melapangkan masa untuk hadir di majlis yang tak seberapa ini...terima kasih juga pada yang memberi hadiah dan duit raya pada ilham..terima kasih banyak2
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Oct-2006 06:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Road trip Hari Raya 2006
|
|
Hari Raya Aidilfitri tahun ni disambut dengan meriah sebab kami sekeluarga telah membuat road trip yang hilang akal.
Dari KL - IPOH-PENANG-KELANTAN-TGGANU-CAMERON-KL
Total perjalanan 2000km
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 10-Oct-2006 03:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tompi @ Alexis Ampang
|
|
|
photo credit : Aripah
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-Sep-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ilham is 1 year old
|
|
Time goes by so fast that my 'anak bertuah' yang cheeky dan 'dago' ( he's fav words) dah pon mencecah setahun umurnya.
Ilham updates:
Vocab-mama,papa,dada,wow,auw,arkkk(bunyi burung gagak),and recently DAGO(dia je yg tau apa maknanya) and other are mixture of all international language
Skill - menekan semua jenis butang remote control, tv ,komputer
- mencari punca cable
- tepuk tangan sambil cucuk langit ( sape aja nih?!!ish ish)
- merangkak dengan speed yg laju
- berdiri sambil meniti dekat sofa, meja, apa-apa je yang sempat
Fav food - macaroni and cheese never go wrong for him! yang lain-lain tu semua dia ngapp tapi awas kalau bagi yang bergula dia akan jadi COO COO!
Fav things to do- tengok burung gagak dengan tok abah n tok su
- mandi bogel dengan abah
- tekan nipple abah and tok abah bila ada peluang..
- tengok barney sambil cucuk langit
- main dengan apa2 je yg beroda
tujelah setakat ni update cik ilham kite nih.nanti apa2 akan diupdate lagi yah.
party hari jadi akan diumumkan selepas hari raya untuk memudahkan auntie dan uncle makan-makan.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 16-Sep-2006 10:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Dunia Manggis Kami
|
|
| Quote: | Akhirnya, penantian yang kita tunggu2 sudah pon sampai. Memang sebenarnya aku sendiri, sudah habis nekad untuk menyertai kumpulan pelarian 64k pada awal2 proses temuduga. Ingat lagi aku pada waktu itu, aku terang2 mengatakan pada panel2 temuduga yang aku hanya inginkan pekerjaan yang ada kena-mengena dengan ‘design’. Tak dapat aku bayangkan hidup aku tanpa seni. Terasa separuh jiwaku hilang, bagai bernafas tak lepas…
Surat tawaran tetap sampai, jurutera teknologi maklumat ? Bukanlah aku ini insan yang memilih atau sombong, cuma aku hanya mengikut kata hati.
Berbelah bagi juga pada waktu itu memikirkan kemudahan2 dan ‘how secure is my life would be’. Hari pendaftaran ke pejabat sudah pon tiba, tapi terasa berat untuk aku melangkah. Akhirnya aku nekad mengikut kata hati.
Bermula dengan seorang teman baik( yang juga pelarian 110k), kami harungi dunia baru kami.Dunia manggis kami. Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya cabaran kami.Berkali-kali aku ‘breakdown’ ketika mengharungi dugaan di dlm dunia perniagaan. Pada ketika itu, ada juga memikirkan kehidupan kembali bekerja.Perasaan iri hati timbul juga, melihat teman2 yang bekerja 9-5, dan cuti di hujung minggu,pejabat yg luas dan selesa serba moden sedangkan keluasan manggis hanyalah sebesar 2 keping secondhand karpet ikea. Kerja2 kami pun tidaklah sehebat mana, buat orang kawin je bang…Bergelumang dengan peluh dibwh khemah di tengahari buta. Banyak juga pertanyaan2 sinis yang timbul dari ahli keluarga, aik, belaja tinggi2 buat orang kawen je ke yan?boleh ke?sesuai ke?Apsal tak masuk je keje?eh manggis ni buat org kawen je ke? tak buat film? Kami buat pekak dan paling sopan aku hanya lemparkan senyuman.
Kini sudah hampir 5 tahun, kami merangkak di dunia manggis. Alhamdullilah, segala cabaran dan dugaan kami tempuhi dengan sabar. Aku hanya mengikut kata hati dan impianku. Dan aku amat pasti ahli2 kumpulan perlarian 64k juga sama sepertiku. Bukan soal material atau security yang aku cari tetapi kepuasan yang melahirkan perasaan bahagia.
Tanpa manggis, tak mungkin aku mengenali seorang teman yang setia dan sama2 berkongsi suka dan duka.
Tanpa manggis, tak mungkin aku dan teman itu mendirikan rumahtangga yang umurnya masuk 3 tahun,
Tanpa manggis , tak mungkin lahir Ilham senimanku …
Aku redha memilih jalan hidup ini. Kata hatiku benar. Inilah pengorbanan yang perlu dibayar…
entry from www.ahmadzombie.com ahmadzombie>blog archive>pelarian 64k
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 4-Sep-2006 02:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
its been a busy busy month
|
|
|
It's been a busy busy month for us @ Manggis. Here are some photos of Manggis team working at Siti & Datuk K wedding .Thank you to Din from Adan for the photos.
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 5 > >>] [Archive]
|
|
 |
|